Wednesday 29 April 2015

Iktibar ; Berjanji Dengan Syaitan, Kandungan Jadi Korban




Kisah ini bermula apabila saya didatangi seorang kawan berbangsa India, beliau bertanya jika saya dapat membantu menangani masalah saudaranya, sepasang suami isteri yang mengalami masalah kerasukan yang agak parah. Saya dimaklumkan masalah bermula setelah si isteri, kami namakan sebagai Amutha, mengalami keguguran. Dua kali si isteri mengalami keguguran dan penyakitnya semakin menjadi-jadi setelah keguguran kali kedua dan Amutha  pernah mengejar suaminya dengan parang semasa kerasukan. Masha Allah, parah juga masalah suami isteri ini.

Akhirnya satu temujanji dibuat dan kami bersetuju untuk ke rumah pasangan suami isteri ini. Suami Amutha telah bersetuju untuk menunggu saya di satu tempat sebelum dibawa ke rumah mereka. Malam itu saya berpusing-pusing beberapa kali di tempat yang dijanjikan namun orang yang berjanji untuk menunggu saya tidak langsung kelihatan. Terpaksalah malam itu kami batalkan semua urusan setelah panggilan telefon juga tidak berjawab.

Keesokan harinya saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon, “abang, saya tunggu kenapa tak mai?” Begitulah tanya suara itu. Terkejut juga dengan kenyataan ini. Memang beliau ada menunggu kami hingga lewat malam di tempat yang dijanjikan tapi kami tidak nampak dirinya. Masha Allah, hanya Allah Yang Maha Mengetahui apakah yang telah berlaku malam itu. Namun beliau tetap juga mengharap kami datang maka satu temujanji lagi dipersetujui tetapi malam berikutnya  kami akan terus ke rumah mereka berbekalkan alamat yang beliau berikan.

Alhamdulillah sampai juga kami ke alamat yang diberikan tanpa sebarang gangguan. Setibanya kami di sana, ramai juga jiran-jiran pasangan ini yang menunggu. Memang saya agak terkejut bila bertemu pasagan ini. Mereka baru berusia belasan tahun dan hanya dibantu oleh jiran-jiran sahaja tanpa adanya ahli keluarga termasuk ibubapa mereka juga tidak kelihatan. Apabila saya tanyakan perihal ibubapa, mereka hanya mendiamkan diri. Melihatkan keadaan mereka yang seolah-olah tidak senang dengan soalan itu maka saya segera beralih ke topik  yang lain.

Ketika kami berada di rumah itu, Amutha  telah sedar dari kerasukan dan beliau masih boleh mengukir senyuman menyambut kehadiran kami walaupun nampak ada keresahan pada raut wajahnya. Saya juga tanyakan mengapa tidak pergi ke kuil untuk membuat rawatan, jawab mereka, keadaan menjadi lebih teruk selepas pergi ke kuil dan dengan sebab itulah mereka terpaksa mencari alternatif rawatan yang lain.
Bagi memulakan rawatan saya fikir lebih sesuai dengan kaedah zikrullah, maka saya meminta izin untuk menggunakan sebuah bilik yang sesuai untuk berzikir. Kami diberikan sebuah bilik malangnya bilik tersebut adalah untuk menempatkan berhala yang mereka gunakan untuk bersembahyang. Terkedu juga dua orang rakan yang bersama saya pada malam itu. Namun saya teruskan juga untuk berzikir di dalam bilik tersebut. Kita berzikir untuk mengingati Allah dan untuk membantu mereka yang memerlukan, bukannya untuk menyembah patung-patung itu.

Alhamdulillah semasa berzikir inilah saya diperlihatkan satu keadaan dimana ibu Amutha sedang menangis dan merayu-rayu di atas sebuah kubur dan seketika kemudian kelihatan satu lembaga hitam menghampiri. Walaupun ibu Amutha  ketakutan, beliau memberanikan diri juga sambil merayu lembaga itu agar membantunya.  Lembaga itu bersetuju untuk membantu ibu Amutha tetapi bersyarat dan ibu Amutha telah bersetuju dengan syarat itu.

Sebenarnya kisah yang diperlihatkan kepada saya ini telah berlaku berbelas tahun dahulu. Ketika itu, ibu Amutha mengalami masalah kemandulan. Atas desakan perasaannya sendiri, setelah gagal dengan semua bentuk rawatan, akhirnya beliau nekad untuk melakukan satu ritual di atas kubur dan akhirnya beliau berjaya mengandungkan anak pertamanya iaitu Amutha dengan bantuan syaitan yang hadir ketika upacara itu.
Mengikut perjanjian yang termeteri bersama syaitan itu, ibu Amutha mestilah menyerahkan anaknya yang pertama itu kepada syaitan tersebut. Namun naluri sang ibu yang sememangnya kasih kepada anak memaksanya mungkir akan janji tersebut dan akhirnya si ibu juga menderita penyakit yang tidak diketahui sehingga ia membenci Amutha dan tidak mahu lagi mempedulikannya.

Kerana perjanjian inilah akhirnya dua kandungan Amutha menjadi korban sebagai galang ganti anak yang dituntut syaitan tersebut. Air yang kami gunakan diserahkan kepada Amutha agar beliau mandi pada malam itu juga. Kami tetap menuggu di situ untuk melihat kesudahannya. Alhamdulillah, Amutha tersa segar sesudah mandi dengan air yang kami bacakan zikrullah. Tiada lagi perasaan-perasaan negatif yang mengganggu mindanya dan beliau kelihatan amat ceria.

Kisah ini sebenarnya telah berlaku beberapa tahun yang lalu dan saya pun dah hampir  tidak ingat lagi butir-butirnya. Namun semua ini kembali segar dalam ingatan setelah saya didatangi seorang lelaki india bersama isterinya yang sedang mendukung seorang anak. Mereka tersenyum begitu gembira melihat saya ketika itu sedang minum di sebuah kedai. Lelaki ini terus menghampiri saya dan berjabat tangan sambil mengucapkan terima kasih kerana membantu mereka dahulu. Masha Allah mereka masih mengingati saya walaupun sudah sekian lama saya merawat mereka.

Wabihi Wallahua`lam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://www.facebook.com/Pusat-Rawatan-Islam-Nasrullah
https://prinasrullah.blogspot.com

Monday 27 April 2015

Iktibar ; Kandungan Berusia 4 Bulan Lesap

Pusat Rawatan Islam Nasrullah's photo.

Kerap juga kita dengar kejadian kehilangan bayi dari kandungan ini berlaku di dalam masyarakat kita. Fenomena ini memang sangat sukar untuk kita jelaskan dari segi logikanya namun hakikatnya ia tetap berlaku dan jarang sekali bayi yang hilang ini dapat kembali ke pangkuan ibunya
.
Kisah yang ingin kami paparkan di sini bermula apabila kami didatangi sepasang suami isteri dimana si isteri saya namakan sebagai Puan Aini, sedang hamil 4 bulan. Apa yang merisaukan pasangan ini ialah bayi di dalam kandungan itu masih tidak boleh dikesan walau sudah berkali-kali mereka membuat scanning dan perkara seperti ini sangat menghairankan mereka termasuk juga pihak hospital sendiri. Pihak hospital akhirnya mengambil keputusan untuk mencuci rahim Pn Aini.

Pasangan ini datang kepada kami agar dapat diikhtiarkan sesuatu untuk menyelamatkan bayi mereka. Ternyata terdapat tanda-tanda adanya entiti lain yang bersama mereka sewaktu pasangan ini melangkah masuk ke dalam pusat rawatan Nasrullah.

Setelah menceritakan kepada mereka tentang kaedah rawatan yang bakal kami ikhtiarkan mereka bersetuju maka makhluk halus yang bersama mereka ketika itu dipanggil masuk ke dalam tubuh mediator. Ternyata jin betina yang ada bersama mereka telah mengaku melindungi bayi di dalam kandungan itu dari dikesan. Menurut jin tersebut beliau terlalu sayangkan bayi tersebut dan ingin menjaganya seperti anak sendiri.
Setelah dipujuk akhirnya jin itu akur untuk meninggalkan bayi di dalam kandungan itu. Beliau menerima Islam dengan senang hati dan akhirnya meninggalkan pasangan itu.

Namun disangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Jin tersebut terlalu merindui dan menyayangi bayi tersebut hingga tidak dapat melupakannya. Akibatnya setelah dua hari pasangan itu datang mendapatkan rawatan, lebih kurang pukul 1.00 pagi, Puan Aini telah bermimpi didatangi seorang wanita yang tidak berwajah lalu mengusap-usap perutnya. Puan AIni tidak berupaya melakukan apa-apa, apatah lagi untuk menentang ketika perutnya diusap dan diurut hinggalah bayi dalam kandungannya lesap.

Sebaik terjaga dari tidurnya Puan Aini meraung sekuat hati kerana perutnya sudah kempis. Beliau menjadi tidak keruan seperti orang kerasukan akibat trauma kehilangan bayi secara mendadak sebegitu. Kelam kabut suami dan keluarga Puan Aini cuba menenangkan keadaannya.

Kakak Puan Aini akhirnya memaklumkan kepada kami tentang kejadian itu. Tanpa berlengah kesemua perawat Nasrullah dipanggil bagi menangani masalah Puan Aini secepat mungkin secara jarak jauh. Jin yang terlibat akhirnya berjaya diseret masuk ke dalam tubuh mediator dan setelah soal siasat akhirnya beliau mengakui bertanggung jawab terhadap kehilangan bayi Puan Aini.

Ternyata kasih sayangnya yang mendalam terhadap bayi tersebut menyebabkan beliau nekad melarikan bayi tersebut tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Kami cuba mengelak menggunakan sebarang bentuk kekerasan kerana sedikit kecuaian mungkin akan mengakibatkan bayi tersebut tidak dapat kembali lagi ke alam manusia. Pujukan demi pujukan akhirnya jin yang kami namakan sebagai Zaharah selepas beliau menerima Islam ini tunduk dan memohon maaf akan kesalahannya namun beliau meminta tempoh hingga keesokan harinya agar dia dapat lebih masa untuk bersama bayi tersebut. Permintaannya kami terima dan Zaharah kembali ke alamnya bersama bayi tersebut malam itu.

Malam berikutnya Puan AIni, suami dan keluarganya datang kepada kami dan ternyata Zaharah telah mungkir janji untuk menghantar kembali bayi tersebut. Sekali lagi Zaharah kami seru ke dalam tubuh mediator dan akhirnya Zaharah hadir. Beliau hanya berdiam diri bila ditanya tentang janjinya. Terbayang jelas kesedihan pada wajahnya untuk berpisah dengan bayi tersebut hingga Zaharah sekali lagi memohon untuk memulangkan bayi tersebut pada keesokannya namun permintaannya terus disanggah Puan Aini.

Dialog demi dialog akhirnya Zaharah bersetuju untuk memulangkan bayi tersebut. Kami terus mengarahkan Zaharah memulangkan bayi yang berkeadaan ghaib pada saat itu juga. Kelihatan tubuh mediator kami yang ditumpangi jin Zaharah seolah-olah berusaha untuk memasukkan kembali bayi tersebut ke dalam rahim Puan AIni. Bersusah-payah juga Zaharah memasukkan kembali bayi tersebut hingga beliau sendiri keletihan namun akhirnya kerjanya selesai.

Namun Puan AIni masih kecewa kerana tidak ada apa-apa perubahan pada perutnya sedangkan menurut Zaharah bayi tersebut sudah dipulangkan. Kami segera meminta Puan Aini bersabar kerana proses ini melibatkan pertukaran antara alam ghaib dan alam nyata dan sememangnya ianya memerlukan sedikt masa. Akhirnya Puan AIni terpaksa akur dengan keadaan dan mereka pulang dengan rasa kecewa.

Sebaik mereka pulang ke rumah saya meneruskan dengan zikir sambil memohon kehadrat Allah swt agar dikembalikan bayi tersebut kepada ibunya Puan AIni. Dalam keasyikan zikir ini saya telah diperlihatkan bagaimana Zaharah begitu asyik melayan seorang bayi lelaki dengan penuh kasih sayang dibawah naungan ala gazebo yang cukup cantik, bertiangkan busut-busut di dalam belantara luas. Tidak hairanlah mengapa begitu sukar Zaharah untuk melepaskan bayi tersebut kerana beliau terlalu sayang padanya.

Pagi berikutnya saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari Puan AIni..”ustaz..dah ada”. Alhamdulillah bayi Puan Aini sudah berada di dalam kandungannya. MasyaAllah… apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku.

Saya mengambil kesempatan di sini untuk memaklumkan, sekiranya perkara sebegini berlaku kepada sesiapapun jua, elakkan ke hospital sementara waktu kerana pihak hospital lazimnya akan mencuci rahim anda dan sekiranya rahim sudah dicuci, bayi yang hilang tersebut tidak mungkin boleh kembali lagi. Dan seperkara lagi jin yang terlibat itu jangan sekali-kali disakiti apatah lagi dibunuh kerana sekiranya jin itu mati maka tidak akan ada lagi orang yang akan menjaga bayi itu di alam jin atau untuk menghantar dan menzahirkannya kembali ke alam nyata.

Namun takdir Allah mendahului segalanya, kegembiraan Pn Aini sekali lagi direnggut. Secara tiba-tiba bayi di dalam kandungan hilang lagi. Seperti biasa kami cuba mencari sebab kepada punca kehilangan bayi tersebut, ternyata ada pihak lain yang juga berminat dengan bayi tersebut.

Apa yang menjadi kebimbangan Pn Aini ialah pihak hospital yang telah mengeluarkan arahan agar rahimnya dicuci. Maka beliau cuba sedaya upaya untuk menangguhkan proses itu agar ia dapat menyelamatkan kandungannya itu. Alhamdulillah kandungan itu dapat kembali juga setelah hampir 24 jam hilang. Perutnya yang tiba-tiba kempis itu sudah mula membuyut semula dan pergerakan yang lazim oleh seorang bayi di dalam rahim juga terasa seperti biasa.

Namun apa yang menghairankan, kandungan itu kemudiannya hilang lagi beberapa kali sesudah itu hinggalah akhirnya kami sendiri gagal untuk mengembalikan bayi tersebut. Walau bagaimana cara dan seramai manapun jin yang terlibat diseru bahkan ada yang terpaksa dibunuh, namun bayi tersebut tidak putus-putus dilarikan oleh berbagai-bagai pihak dari golongan jin. Menurut beberapa jin yang melarikan kandungan Pn Aini ini, bayi tersebut mempunyai kelebihan bergerak di alam nyata dan alam ghaib tanpa halangan dan kelebihan ini telah dihidu oleh para jin dan mereka sedaya upaya cuba untuk menjadi pengasuh kepada bayi tersebut.

Keadaan ini berterusan hinggalah waktu untuk mencuci rahim Pn Aini sebagaimana yang telah direncanakan oleh pihak hospital walaupun sudah beberapa kali Pn Aini cuba menangguhkannya. Dengan berat hati akhirnya Pn Aini akur dengan takdir, kandungan beliau akhirnya dicuci.

Wallahu a`lam.

Sesiapa yang ingin mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://www.facebook.com/Pusat-Rawatan-Islam-Nasrullah
https://prinasrullah.blogspot.com

Iktibar ; Kekejaman Sihir Penunduk




Bermula dengan kedatangan seorang suri rumah saya namakan sebagai Nazirah, yang sekian lama menderita bersama suaminya. Badannya kurus kering seperti sekian lama tidak makan tetapi hakikatnya beliau sangat kuat makan seperti mana yang dikhabarkan suaminya.

Kedatangannya seperti orang bodoh dan tidak bermaya dan seperti  tidak mengerti suatu apapun. Ternyata bacaan rukyah memaksa makhluk halus yang bertapak di dalam tubuhnya mula bertindak-balas. Matanya mula meliar dan dengan tiba-tiba, beliau bingkas bangun dan melarikan diri secepat kilat. Pintu gril pusat rawatan ditolak begitu sahaja walaupun ianya berselak. Kelam kabut kami perawat termasuk suaminya mengejar beliau. Alhamdulillah beliau hanya berdiri terpacak seperti  sebuah patung di tengah-tengah jalan di hadapan pusat rawatan kami, terpaksalah suaminya menggendongnya masuk semula. 

Seperti kebiasaannya makhluk ini akan menjerit-jerit, memaki-hamun dan  bertindak agressif namun kami tidak melayani karenahnya.  Jin yang merasuk ini langsung tidak mahu bekerjasama untuk berbicara. Selalunya teknik mendera jin hanya  kami gunakan sebagai pilihan terakhir sekiranya kesemua teknik lain gagal. Jin ini rupa-rupanya makan pujuk juga dan akhirnya jin itu mula menangis terisak-isak apabila ditanyakan soalan-soalan kepadanya namun ia kelihatan seperti tidak mahu berbicara di hadapan khalayak ramai maka segera saya pegang lengannya dan menarik beliau ke bilik rawatan lain setelah diizinkan suaminya.

Berseorangan dengan jin ini saya memujuk lagi dengan menjanjikan kebebasan baginya dari genggaman tuannya. Ternyata jin tersebut tersentak dengan tawaran saya lalu bertanya dengan nada yang hambar “boleh ke? Seolah-olah ia tidak percaya perkara seperti itu boleh dilaksanakan lalu ia kembali membisu. Seperti  tidak mengendahkan tawaran saya maka saya katakan padanya “baiklah kalau kau tak mau maka terpulanglah!!”, lalu saya bangun meninggalkannya. Sebaik sahaja saya mula beredar terus sahaja jin itu bersuara “nanti dulu!!”. Dari dialog ini, jin tersebut meminta saya mendapat penjelasan masalah ini dari suami pesakit dan mahu saya membantu  melepaskannya dari genggaman tuannya yang katanya zalim. Masha Allah, jin mengatakan manusia zalim.

Ahli keluarga pesakit yang hadir saya jemput ke dalam bilik rawatan dan mula bertanya apakah yang telah berlaku. Menurut suami Nazirah, keluarga isterinya ini telah mengalami masalah perpecahan keluarga yang teruk bermula apabila seorang kakak Nazirah berkahwin dengan seorang lelaki. Perkahwinan ini ditentang oleh kebanyakan ahli keluarga mereka kerana lelaki tersebut merupakan seorang pemabuk, suka berfoya-foya dan sememangnya tidak pernah dilihat mendirikan solat tetapi lebih berbangga dengan ilmu kebatinan dan perbomohan yang ada padanya.

Walaupun ramai ahli keluarga tidak bersetuju, ia amat menghairankan kerana ibubapa Nazirah dan kakaknya tiba-tiba sahaja menerima lamaran dengan tangan terbuka. Setelah berkahwin bermulalah episod serang menyerang sesama  ahli keluarga. Bagi mereka yang tidak sehaluan dengan lelaki ini akan menderita teruk terutama Nazirah, suaminya dan ibu mereka. Maka jadilah keluarga ini berpuak-puak sesama sendiri. Motif lelaki menggunakan ilmunya menyerang Nazirah dan ibunya supaya mereka datang melutut padanya memohon maaf dan tidak lagi menentang kemahuannya. Na`uzubillah, mertua dan adik ipar sendiri disihir dengan sihir penunduk supaya melutut padanya.

Jin di dalam badan Nazirah sudah berpaling tadah malangnya usaha untuk mengeluarkannya gagal. Cubaan untuk memindahkan jin tersebut ke dalam mediator juga gagal, ternyata jin tersebut telah diikat dengan begitu kuat ke tubuh Nazirah. Sememangnya sihir jenis ikatan seumpama  ini hanya boleh dirawat setelah ikatan itu dibuka.

Sebagaimana yang telah dijanjikan pada jin tersebut, saya memulakan pembacaan ayat-ayat Al-Quran untuk memutuskan ikatan-ikatan tersebut. Sebaik selesai  bacaan maka saya makrifatkan supaya ikatan itu putus. Ketika inilah Nazirah terpelanting dan terlentang dengan begitu kuat melebihi bantal yang kami sediakan dan kepalanya terhantuk pada dinding dengan begitu kuat. Masha Allah, Nazirah terus sedar dari kerasukan dan menangis di ribaan ibunya kerana kepalanya terlalu sakit. 

Setelah kesakitan dan tangisan Nazirah reda barulah rawatan kami teruskan. Ruhaniah lelaki terbabit segera kami seru ke dalam mediator setelah ayat-ayat pemecah benteng dibacakan. Beliau terus menundukkan kepala sebaik berada di dalam mediator, namun beliau tetap berdegil tanpa mahu bertolak ansur. “Kalau hang boleh sakitkan orang, kami pun boleh sakitkan hang!” ujar saya kerana sudah tidak ada jalan keluar selain dari membalas perbuatannya yang zalim.

Sebaik sahaja saya mulakan zikrullah, lelaki tersebut mula gelisah dan menggelabah. Dia mula mengeluh kerana kepanasan dan keadaannya makin lama makin teruk dan terdesak. Saya teruskan juga zikrullah mudah-mudahan beliau mendapat pelajaran dan saya hanya berhenti setelah lelaki itu mula mengalah.

Ketika saya berzikir ini, zahir lelaki tersebut sememangnya kepanasan dan beliau tidak mampu menanggungnya lalu cuba menghubungi rakannya di pantai timur untuk memulihkan keadaan. Beliau telah tergesa-gesa memandu kereta sambil menanggung penderitaan yang amat sangat ke destinasi yang hanya dia mengetahuinya namun tidak kesampaian kerana tubuhnya membengkak dan kesakitan hinggakan beliau tidak dapat meneruskan perjalanan.  Akhirnya beliau terpaksa juga menghubungi seorang saudara kepada isterinya yang paling hampir dengan lokasi beliau berhenti agar menolongnya sambil berpesan agar kejadian ini jangan dimaklumkan kepada sesiapa. Namun permintaan ini menimbulkan kecurigaan dan akhirnya tembelangnya pecah dan berita ini sampai juga kepada kami tetapi semasa sesi rawatan yang lain.

Selepas sesi rawatan seterusnya barulah Nazirah pulih sepenuhnya namun kakaknya yang menjadi mangsa sihir penunduk masih tidak dapat dirawat kerana dirinya sendiri tidak pernah percaya bahawa ia sedang sakit. Inilah masalah utama sihir ini.

Kami didatangi beberapa kes seumpama ini berturut-turut selepas Nazirah dan dengan berbagai bentuk penderitaan kepada mangsa dan ahli keluarga mereka. Ada suami yang menceraikan isterinya kerana terlalu ikutkan perempuan lain, ada anak yang tidak mengakui ibunya dan berani mengancam akan menendang  ibunya sendiri, ada juga anak yang memaki hamun ibunya sendiri, ada isteri yang menyepak suaminya di hadapan ibubapa sendiri, ada isteri yang  dibelasah dan dibaling dengan spanar, ada isteri yang suaminya tidak mahu lagi bersentuhan kerana dianggap seperti najis “babi” , ada juga isteri  yang dihentak kepalanya ke dinding, ada suami yang membawa parang dan golok apabila tidur bersama isterinya kerana menganggap isterinya curang, ada suami yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak ditengah-tengah malam kerana panggilan telefon dari kekasih dan ada juga orang yang paling dibenci tiba-tiba dicintai hingga sanggup bergolok-bergadai.

Kesemua ini adalah antara penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman pengamal sihir penunduk ini yang pastinya sudah hilang ras kemanusian tetapi penuh dengan ras kesyaitanan.  Adalah sukar untuk melumpuhkan terus sihir jenis ini kerana mangsa sihir tidak pernah sedar bahawa dirinya disihir dan sekiranya ada orang yang memberitahunya, pasti  orang tersebut dianggap sebagai musuhnya sedangkan orang yang menyihirnya dianggap kawan yang terbaik.

Sekiranya  didapati ada di kalangan keluarga atau kawan-kawan kita terkena sihir jenis ini harap ada yang sudi membantu kerana mereka tidak mungkin mampu membebaskan diri mereka sendiri dan salah satu kaedah untuk membantu mereka ialah dengan membacakan ayat-ayat ini secara berterusan kepada air atau makanan lalu diberikan kepada pesakit secara diam-diam dan sekiranya bimbang diketahui pesakit maka memadailah ahli keluarga di dalam rumah itu mengamalkan ayat-ayat ini secara berterusan mudah-mudahan sihir yang dikenakan itu terbatal. Ayat-ayat  tersebut ialah ayat 61 surah Al-An`am, ayat 57 surah Hud dan ayat 118 surah Al-A`raf. Sekiranya ada tanda-tanda perubahan yang positif pada diri pesakit,  segeralah dirawat kerana sihir ini hanya akan berjaya ditangani sepenuhnya sekiranya mangsa sedar dirinya sakit dan mahu dirawat.

Wabihi wallahu a`lam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://www.facebook.com/Pusat-Rawatan-Islam-Nasrullah
https://prinasrullah.blogspot.com

Thursday 23 April 2015

Iktibar : Kanak-kanak berusia 3 tahun ada pendamping

Kisah ini ingin kami paparkan di sini mudah-mudahan menjadi iktibar kepada kita semua. Syaitan sangat opotunis, sangat bijak mengambil semua peluang dan kesempatan yang ada. Dalam usaha untuk menjayakan misi meraka, syaitan tidak memilih bulu termasuk kanak-kanak.

Sebagaimana diceritakan oleh ibubapa anak ini; anak mereka mula berubah sikap setelah mereka memasuki  rumah baru yang khabarnya sudah lama tidak dihuni. Anak ini mula suka berada di tempat yang gelap, tidak mahu  keluar dari rumah lama-lama, sangat pemarah dan memberontak terutamanya semasa ibubapanya solat dan membaca Al-Quran.  Pernah mengoyak Yasin yang dibaca ibunya dan pernah juga merampas dan membaling Al-Quran yang dibaca ibunya.

Sangat benci kepada orang yang solat hingga pernah menyepak orang yang hendak ke masjid hingga timbullah suara-suara sumbang yang mengatakan ibubapa tidak pandai mendidik anak. Ibu anak kecil ini sering menjadi mangsa sepak terjangnya bila marah atau tidak puas hati terhadap sesuatu.
Hakikatnya anak kecil sudah tidak normal hingga mereka akhirnya dimaklumkan seseorang bahawa si anak kecil ini sudah ada pendamping.

Memandangkan pesakit hanyalah seorang kanak-kanak, maka kami di Nasrullah tidak menggunakan rukyah sebagai mukaddimah rawatan sebaliknya terus ke zikir pemutus saka. Sebaik zikir bermula, anak ini mula menangis dan mula memberontak. Sekali lagi ibubapanya menjadi mangsa sepak terajang anak ini. Keadaan ini berlarutan hingga tamat zikrullah.

Susulannya kami mula membacakan rukyah untuk kanak-kanak dan Alhamdulillah si anak mula berhenti menangis dan terasa  sangat keletihan hingga dia tertidur di ribaan ibunya. Sebagai pengesahan kami bacakan pula rukyah yang umum ternyata si anak sudah tidak merasa apa-apa lagi.
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, anak ini dapat dipulihkan.  Mudah-mudahan ada iktibar yang boleh kita ambil dalam memahami  tipu daya syaitan yang tidak pernah ada noktahnya kecuali sampainya hari kiamat. 

Wabihi wallahu`alam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com

Iktibar ; Arwah Ahmad Fauzi menderita kerana membunuh ibunya

Sepanjang tempoh kami membuat rawatan selama ini, berbagai-bagai keadaan telah ditempuhi, ada yang pahit, ada yang manis, ada yang lucu, ada yang mengerikan dan tidak kurang pula yang menyayat hati. 


Kisah yang ingin kami kongsikan pada tatapan kali ini adalah merupakan sebahagian dari kisah rawatan menyayat hati salah seorang pesakit yang terpaksa mengharungi penderitaan yang berlapis-lapis. Selesai satu datang satu hinggakan proses rawatannya memakan masa lebih 3 bulan berpunca dari hasad dengki mereka yang disekelilingnya.


Dengan satu panggilan telefon, kami berangkat ke Kuala Lumpur bagi menangani kes ini. Ternyata setibanya kami di sana, kami sudah dinanti oleh 3 ekor jin yang sudah bersedia di dalam tubuh Pn Marissa semata-mata dengan misi dendam terhadap kami yang telah mematahkan serangan-serangan sebelum ini. Tanpa berhenti rehat dari perjalanan yang jauh, kami sudah dicabar.


Ternyata jin-jin ini menggunakan stategi baru. Mereka tidak menyerang sekaligus sebaliknya satu persatu. Dengan cara ini mereka mengharap kami perawat akan keletihan kerana untuk menangani setiap jin akan memakan masa yang cukup panjang.


Lazimnya kami akan mulakan dengan pembacaan rukyah untuk memaksa jin-jin yang berada di dalam tubuh seseorang keluar atau untuk beriteraksi, tapi tidak untuk kali ini. Sebaik kami duduk di hadapan pesakit, jin yang pertama sudah mula bersuara bengis, namun jin ini tumpas juga akhirnya. Sebenarnya bagi kes Pn Marissa ini, setiap jin yang diutus untuk melaksanakan kerja-kerja sihir tidak ada seekor pun yang dapat kembali kepada tuannya, inilah yang menyebabkan mereka pening kepala dan sangat marah. Begitu juga dengan jin ini yang akhirnya dengan rela hati mengucapkan kalimah syahadah dan mula bekerjasama dengan pihak kami.


Kebanyakkan jin yang digunakan untuk kerja-kerja sihir terhadap Pn Marissa akhirnya menerima islam dengan rela hati, ada juga yang dibotolkan dan ada juga yang dibunuh atau terbunuh, maka tidak ada seekor pun jin yang dapat kembali kepada tuannya untuk membuat sebarang laporan.


Kebanyakan jin yang memeluk islam,  berpaling tadah lantaran membantu kami pula membuka rahsia-rahsia mereka yang mengutus mereka hingga menimbulkan dendam yang tiada terhingga bagi pihak manusia syaitan yang mengamalkan sihir-sihir ini.


Bagi kes ini, jin tersebut memberi amaran kepada kami bahawa salah seekor jin yang diutus kali ini  sangat besar, kuat dan jahat. Jin-jin lain sangat takut untuk berhadapan dengan jin ini. Mahu tidak mahu terpaksa juga kami menghadapinya.


Setelah jin yang kedua kami botolkan, memang terdengar dari mulut Pn Marissa satu surau garau yang meremangkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Setiap bacaan ayat al-quran yang kami perdengarkan seperti tidak memudaratkan jin ini hingga terasa di hati kecil saya bahawa makhluk ini adalah dari jenis manusia.


Saya menduga dengan satu pertanyaan “aku rasa engkau ini bukan jin tetapi roh manusia yang telah terkena sihir oleh iblis?” Ternyata soalan saya ini membuatkan jin itu terdiam, beliau berhenti menyakiti Pn Marissa. “Mahukah engkau aku bebaskan engkau dari sihir ini? Saya bertanya lagi. Ternyata makhluk itu mengangguk bersetuju dengan saranan saya. Tanpa berlengah terus saya bacakan ayat-ayat pembatal sihir beberapa kali.

Makhluk itu tiba-tiba menangis dengan tangisan yang sungguh-sungguh hinggakan kami dan keluarga Pn Marissa tercengang-cengang dengan perubahan yang berlaku mendadak ini. Secara tiba-tiba makhluk itu berkata “terima kasih cik, terima kasih cik ….” Berulang-ulang kali ia mengucapkan terima kasih sambil menangis. Dalam kehairanan saya bertanya “apa yang dah jadi ni, cerita kat kami!” saya cuba menduga. Dalam keadaan teresak-esak makhluk itu berkata “saya dah bunuh ibu saya cik tapi saya tak sengaja cik… tolong lah saya cik tolong lah saya….” Jawapan dan keadaan beliau menjawab soalan saya ini ternyata sangat mengharukan. Orang di sekeliling saya sudah mula ada yang menitiskan air mata.


Saya bertanya lagi “awak ada nama ke?” Nama saya Ahmad Fauzi dan dia mula menarik-narik tangan saya sambil merayu-rayu dengan sungguh-sungguh “tolonglah saya cik… tolong lah saya cik…!!” berulang kali. Saya mula menyuruh beliau beristighfar namun beliau tergagap-gagap tidak dapat mengunggkapkannya. Saya minta Ahmad Fauzi mengucap syahadah, itupun beliau gagal mengungkapnya namun beliau tetap menyuruh saya membacanya agar dapat beliau ikut namun tetap gagal.


Saya cuba pula meminta beliau membaca Al Fatihah, Alhamdulillah walaupun tergagap-gagap  beliau dapat menghabiskanya. Saya susuli pula dengan surah-surah Qul ternyata beliau dapat membacanya. Namun semasa membaca 3 qul ini keadaan tiba-tiba berubah. Seolah-olah seperti ada orang lain yang hadir ketika itu yang Ahmad Fauzi panggil ibu. Kami semua tergamam dan ramai yang menitis airmata termasuk saya sendiri bila mendengar perbualan Ahmad Fauzi dengan makhluk lain yang beliau panggil ibu itu.

“Ibu maafkan saya ibu, saya tak sengaja ibu…” ucap Ahmad Fauzi berulang-ulang kali penuh hiba. “Ibu saya dah jumpa orang baik ibu, dia ajar Fauzi baca Al Quran macam ibu ajar Fauzi masa Fauzi kecil dulu…”. Kelihatan seperti seorang anak kecil sedang merengek-rengek bermanja dengan ibunya. Ketika itu sudah ada antara kami yang berada di situ meninggalkan tempat itu kerana tidak tertahan lagi untuk menangis. Kemudian Ahamad Fauzi menjerit begitu kuat lantaran menarik-narik tangan saya dengan agak kuat sambil “tolonglah saya cik, janganlah cik lupa kat saya cik… tolonglah doa kat saya setiap kali cik berdoa tolonglah cik…” demikian sayu rayuan Ahmad Fauzi berulang kali hinggalah tubuh Pn Marissa akhirnya rebah dengan sendirinya.


Sebaik Ahmad Fauzi, roh manusia yang disangka jin itu keluar, keadaan menjadi sunyi sepi. Tidak seorang pun yang bersuara, kesemuanya mendiamkan diri melayan fikiran masing-masing. Berbagai-bagai tanggapan pastinya muncul dalam minda setiap orang yang  berada di situ namun bagi saya biarlah apapun yang berlaku yang penting pesakit dapat dirawat dengan sebaik mungkin. Terserahlah pada Allah tentang apa yang telah berlaku, sesungguhnya Dia Yang Maha Tahu.


Semasa dalam satu sesi rawatan yang lain, kami telah dimaklumkan oleh seekor jin yang telah berpaling tadah bahawa Ahmad Fauzi ada datang menziarahi kami. Bila kami tanyakan jin berkenaan bagaimana keadaan Ahmad Fauzi, jin itu mengatakan dia datang dengan keadaan yang sungguh elok dan cantik.


Wabihi wallu’alam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737

Iktibar ; Mencari Ruhaniah Yang Hilang


Sihir sembunyi ruh sememangnya jarang didengar mahupun berlaku tetapi dengan takdir Allah swt, kali  ini kami ditemukan dengan satu lagi sihir profail tinggi seperti ini. Sihir jenis ini hanya mampu dilakukan oleh seorang yang sangat pakar dalam bidang kebatinan atau perbomohan dan jarang sekali kita temui perawat yang mampu menghadapi kes-kes seumpama ini.

Melalui panggilan telefon, kami dimaklumkan seorang gadis secara tiba-tiba meronta dan keadaannya seperti orang yang sangat kesakitan seolah-olah  sedang ditarik nyawanya hinggakan tubuhnya melentur seperti udang. Selepas kejadian itu gadis yang kami namakan sebagai Sofea seperti orang yang tidak keruan. Memandangkan kejadian berlaku di kampung halaman ibunya maka mereka mengambil masa yang agak lama untuk datang membuat rawatan.

Lazimnya pesakit yang disihir dengan cara ini berkemungkinan akan gila atau koma yang akhirnya boleh membawa maut sekiranya gagal mendapat rawatan segera untuk mengembalikan semula ruhaniah yang disembunyikan  sebelum ia  hilang selama-lamanya.

Sebaik bertemu muka dengan Sofea ternyata dirinya memang tidak keruan dan seolah-olah tidak tahu bercakap atau memahami apa yang kita perkatakan. Segala  gangguan yang ada pada tubuhnya termasuk  2 ekor jin dari jenis saka dikeluarkan dari tubuhnya melalui mediator kami hingga kami berpuas hati tiada lagi gangguan dalam diri Sofea.

Apa yang menghairankan kami, walaupun semua gangguan sudah dikeluarkan, keadaan Sofea masih tidak berubah. Adalah penting kesemua gangguan pada pesakit dikeluarkan terlebih dahulu dan saka-saka mestilah dimansuhkan kerana usaha untuk mengembalikan ruhaniahnya pasti terhalang jika masih ada gangguan. 

Saya menyentuh lengannya lalu memulakan zikirullah, masyaallah seketika saya dapat melihat diri Sofea berada di suatu tempat lain dan dipakaikan dengan pakaian zaman melayu klasik. Dari petunjuk ini saya difahamkan bahawa diri ruhaniah Sofea sudah disembunyikan seseorang. 

Sekali lagi saya memulakan zikirullah dan Alhamdulillah manusia zalim itu dapat dikesan dan diseru masuk ke dalam mediator. Walaupun manusia itu berada di dalam mediator kami, namun beliau tidak langsung mahu membuka mulut lantaran kami bacakan ayat-ayat hingga beliau tersiksa mudah-mudahan beliau mendapat pelajaran sebelum dilepaskan.  Golongan ini adalah zalim yang paling utama sebagaimana yang telah  dinyatakan oleh sebuah hadis.  Namun kami akan berusaha setakat termampu untuk menjauhkan golongan ini dari membinasakan sesama manusia.

Sebaik melepaskan manusia zalim itu, ayat-ayat untuk memulangkan ruh ke dalam tubuh dibacakan namun menghairankan kerana ruhaniah Sofea gagal kembali ke jasadnya kemungkinan masih ada halangan yang belum dikesan dan masih tidak dirungkai. Keadaan Sofea kekadang sedar dan kekadang seperti orang pengsan membingungkan keluarganya dan juga kami sebagai perawat.

Sekali lagi saya memulakan zikrullah dan kali ini ianya memakan masa lebih dari sejam. Demi untuk kesembuhan seorang anak, ibubapa Sofea setia menunggu saya berzikir. Dalam zikirullah inilah saya dapat melihat seorang lelaki memakaikan pakaian zaman melayu klasik pada diri Sofea sebagai satu bentuk ikatan agar Sofea tidak dapat dilepaskan. Kemudian Sofea dimasukkan pula ke dalam sebuah buyung dan diikat kemas agar tidak dapat dibuka lagi. Setelah itu buyung itu dicampak ke laut dan seekor syaitan laut yang berupa seperti seekor ikan sebesar sebuah sampan sedang menanti untuk menelan buyung yang berisi ruhaniah Sofea. Ketika inilah saya bergegas mengambil buyung itu, membukanya dan melepaskan Sofea. Sekiranya buyung itu sudah ditelan ikan itu maka mencari Sofea akan menjadi terlalu sulit kerana secara adatnya kita tidak mungkin tahu kedudukan ikan itu di laut mana dan diri Sofea berkemungkinan akan koma yang boleh membawa maut.

Kisah ini mengingatkan saya kepada beberapa kes yang seumpamanya yang pernah kami rawat termasuk satu kes di mana ruhaniah seorang pesakit diikat dan diberi makan ikan haruan lalu dilepaskan ke dalam Sungai Pahang dan dikawal pula oleh beberapa ekor jin. Selain dari itu ada juga ruhaniah pesakit yang disembunyikan di alam jin. Ketika saya temui, ruhaniah pesakit ini berada di pucuk sebatang pokok gergasi yang sehelai daun pucuknya sahaja seluas padang bola. Dan ada juga ruhaniah yang disembunyikan di dasar tasik di alam jin. Secara adatnya adalah mustahil untuk menemui mereka yang disembunyikan dengan cara ini namun rahmat Allah mendahului segalanya.

Sesudah saya selesai berzikir ternyata Sofea sudahpun sedar dan sedang sibuk dengan handphonenya. Cerita yang saya sampaikan kepada keluarganya seperti tidak masuk akal bagi mereka tetapi keadaan Sofea yang pulih seperti sediakala sudah cukup untuk memuaskan hati mereka.

Namun keadaan tidak kekal lama, pada keesokan hari sebaik sahaja masuk waktu maghrib, tiba-tiba sahaja Sofea sudah terasuk dan berbunyi seperti seekor lembu yang sedang nazak. Kejadian yang sama berulang. Ruhaniah Sofea dicuri lagi. Setibanya kami ke rumahnya, beliau terbaring dan kelihatan seperti orang yang sudah mati. Sekali-sekala kelihatan tubuhnya melentik bagaikan ada sesuatu yang sedang di tarik keluar dari tubuhnya.

Segera kami pindahkan jin-jin yang sedang melaksanakan perintah jahat itu. 3 ekor jin Berjaya dipindahkan ke dalam mediator namun kesemuanya sudah tidak boleh dijinakkan kerana kemungkinan telah sekian lama terlibat dalam perkara-perkara syirik hingga Allah swt menutup terus segala pancaindera mereka untuk menerima sebarang bentuk hidayah.

Ayat-ayat pemecah benteng saya bacakan terlebih dahulu agar segala persediaan si tukang sihir ini hancur  lalu saya seru ruhaniahnya ke dalam mediator. Keadaannya juga sama seperti jin-jin yang beliau hantar, tidak boleh lagi bertolak ansur. Beliau juga merupakan seorang bomoh dan pernah merawat Sofea suatu ketika dahulu tetapi Sofea dan keluarganya tidak mahu meneruskan rawatan dengannya kerana kaedah rawatannya jauh menyimpang dari landasan syarak. Kejadian seperti ini bagi seorang bomoh  seolah-olah suatu penghinaan menyebabkan beliau berdendam dan melaksanakannya setelah mendapat peluang.
Kedegilannya tidak memberi  ruang langsung untuk menyelesaikan masalah ini secara damai lalu saya memulakan zikirullah. Pada peringkat awalnya, bomoh ini seolah-olah tidak terkesan dengan zikrullah namun seorang perawat kami dapat mengesan adanya tangkal pelindung di pinggangnya. Sebaik sahaja tangkal itu diputuskan ternyata bomoh itu mula kepanasan. 

Semasa berzikir inilah saya dapat melihat seorang lelaki yang sangat kotor dan busuk, badannya  hitam seperti hitamnya seekor kerbau,  cuba menghindarkan dirinya dari pandangan saya. Kemudian dari itu saya juga dapat melihat seorang lelaki terperosok ke dinding sedangkan pakaiannya koyak rabak. Saya juga terpandang kepada Sofea yang terlekat pada sepohon pokok yang besar seperti sebuah patung yang diukir. Segera saya keluarkan ruhaniah Sofea dari belenggu syaitan. Saya dimaklumkan  semasa saya berzikir, Sofea secara tiba-tiba bangun dari pembaringan lalu cuba melarikan diri namun sempat dikepung oleh keluarga dan perawat kami manakala mediator kami yang sedang dihuni oleh ruhaniah bomoh yang zalim itu meronta-ronta kepanasan hingga menghentak-hentakkan kepalanya ke lantai. Walaupun zahir mediator ini kelihatan seperti tersiksa namun hakikatnya ruhaniah bomoh tersebut yang sedang tersiksa namun kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar mediator tidak mengalami sebarang kecedaraan sekiranya keadaan seperti ini berlaku.

Zikrullah selama hampir sejam itu saya sudahi, Sofea sudahpun sedar seperti sediakala dengan wajah yang sungguh berseri namun beliau masih kebingungan tidak memahami apa-apa.  Ruhaniah bomoh berkenaan kami lepaskan mudah-mudahan ia tidak lagi mengulangi kezaliman ini.

Wabihi wallahu a’lam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com

Iktibar ; Rentetan Derita

Kisah iktibar ini merupakan sinambungan kepada kisah Dendam Hantu Laut yang kami kisahkan bulan lalu.
Setelah jin laut dapat kami keluarkan, ternyata ada gangguan lain pada diri En Nordin. Semasa dalam satu sesi rawatan kami, ibu mertua En Nordin juga hadir tetapi semasa bacaan rukyah untuk En Nordin, kami dapati mertua En Nordin ini kelihatan begitu gelisah seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Pada firasat kami, gangguan pada En Nordin kali ini ada kaitan dengan mertuanya Pn Zaleha.

Rukyah yang dibacakan keatas Pn Zaleha ternyata memberi kesan. Tidak sampai 10 minit, jin yang ada di dalam badan Pn Zaleha mula bersuara. Dari dialog dengan jin ini dapatlah kami simpulkan bahawa 3 ekor jin telah mendampingi Pn Zaleha dan rumah kediaman keluarga Pn Zaleha didiami bersama oleh sekumpulan jin dalam bilangan yang cukup  ramai.

Tawaran kami untuk memindahkan jin-jin  ke tempat lain di terima para jin. Setelah kerja-kerja pemulihan rumah dan pemutusan saka-saka ini dilaksanakan, barulah terasa ketenteraman rumah ini kembali dan keadaan En Nordin kembali seperti sediakala. Anak-anak kecil tidak lagi menangis ketakutan tidak tentu pasal.

Mengikut cerita Pn Zaleha, beliau memang mengetahui keadaan dirinya yang bermasalah,  sejak mereka berpindah ke rumah ini, tetapi agar tidak menakutkan ahli keluarganya, beliau telah memendamkan penderitaannya selama 9 tahun. Kerap juga beliau berubat tetapi masih belum berhasil.

Keadaan tenang tidak lama, serangan berlaku lagi selang beberapa hari. En Nordin mengatakan sakitnya datang semula dan begitu juga dengan mertuanya Pn Zaleha. Kami bertandang lagi ke rumah keluarga ini. Inilah kali pertama pengalaman saya dihalau oleh pesakit. Dengan tegas Pn Zaleha memarahi kami, “buat apa hampa mai! Nak kacau orang ja! Pi  balik!”. Malangnya helah jin yang sudah merasuk Pn Zaleha sudah kami baca. Rukyah dibacakan, ternyata berlaku lagi dialog dengan jin setelah di rukyah. Kali ini 5 ekor jin membuat pengakuan bahawa mereka tidak berpindah tempoh hari sebaliknya dilindungi 2 ekor jin lain yang telah datang secara sihir.

Hasil dialog juga mendapati bahawa En Nordin telah disihir seseorang pada hari perkahwinannya setahun yang lalu di rumah berkenaan, malangnya sihir ini adalah dari jenis sihir yang tertanam, bermakna ianya akan melalui proses pemulihan yang lebih sukar tambahan pula ianya ditanam betul-betul di tengah ruang tamu di mana pelamin persandingan mereka ditempatkan.

Proses penyingkiran jin-jin ini secara rukyah dengan ayat-ayat pemusnah tidak memberi kesan lantaran memaksa kami menggunakan kaedah rohaniah untuk memusnahkan tempat dan barang-barang sihir yang ditanam, iaitu terdiri daripada beberapa patung yang dikapan lengkap dan disimpan kemas dalam sebuah peti seumpama peti besi. Proses menanam barang-barang sihir ini dibuat oleh jin secara ghaib sebagaimana dimaklumkan oleh jin-jin yang terbabit.

Alhamdulillah, setelah zikir pemusnah sihir tertanam ini dilaksanakan, kami berjaya memasuki ruang yang disihir namun malangnya tidak dapat mengeluarkan jin-jin tersebut kerana mereka diikat. Dalam proses yang panjang ini, kebanyakan jin terbabit sudah mula merasa bersalah dan menyesal dengan perbuatan mereka, ada yang mula memohon ampun kepada Allah dan ada yang memohon kepada Allah agar melepaskan mereka dari ikatan sihir tersebut. Terharu juga mendengar jin-jin itu merayu ke hadrat Allah swt namun takdir Allah mendahului segalanya, jin-jin tersebut gagal dilepaskan dan terpaksa satu keputusan drastik diambil. Akhirnya setelah semua usaha gagal, jin-jin terbabit merelakan diri mereka disembelih agar tidak terus-menerus melakukan kezaliman. Masha Allah terharu pulak mendengar kenyataan jin-jin ini.
 
Setelah 7 ekor jin yang terlibat disembelih, kami menjadi terkejut kerana masih terdapat jin yang lain, apabila kami tanya kepadanya, jin itu menjawab bahawa tugasnya untuk menjaga barang-barang sihir yang di tanam itu. Jin berkenaan juga gagal dikeluarkan secara biasa mengakibatkan ia juga terpaksa disembelih. Setelah jin ini disembelih, kami sangkakan keadaan sudah selesai tetapi tidak berapa lama ada lagi beberapa jin yang datang memasuki tubuh En Nordin. Setelah ditanya, ternyata mereka adalah jin-jin yang tinggal berhampiran dengan kediaman ini. Masha Allah ada lagi jin-jin yang nak ambil kesempatan. Alhamdulillah dengan izin Allah, jin-jin ini setelah diperintahkan keluar, mereka akur.


Letih, dah tak tahu nak cakap apa, dalam perjalanan pulang kami terlena dalam kereta. Alhamdulillah pemandu kami tak lena sama.

Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan ditengah hari. Keesokan harinya En Nordin menelefon kami mengatakan sakitnya datang semula. Masha Allah, apa pulak lah masalahnya kali ni, bisik hati saya memikirkan ujian yang sedang menanti.

Selagi lagi kediaman En Nordin bersama keluarga mertuanya kami tandang dan sekali lagi berlaku dialog, dan sekali lagi kami berhadapan dengan 4 ekor jin milik Kak Mah, orang yang bertanggungjawab keatas semua kerja-kerja jahanam ini sebagaimana dimaklumkan oleh jin-jin terbabit. Pengakuan-pengakuan seperti ini lazimnya kita hanya dengar tanpa perlu mempedulikannya. Yang penting bagaimana nak mengeluarkan jin-jin ini.

Pengusiran secara rukyah gagal mengeluarkan jin-jin ini. Dari pengakuan jin-jin ini, mereka datang melalui jalan sihir pemujaan. 4 buah patung telah dipuja dan digantung di dalam sebuah bilik di rumah Kak Mah. Kaedah rohaniah sekali lagi digunakan dan ternyata patung-patung ini berjaya dimusnahkan dan Alhamdulillah kesemua 4 ekor jin keluar. 2 dimusnahkan dan 2 dibotolkan atas pilihan jin-jin itu sendiri.
Namun keadaan berulang selang beberapa hari. Sekali lagi En Nordin diserang. Peliknya setiap kali diserang, sakitnya sama seperti selalu, walaupun penyerangnya adalah jin yang berlainan. Ini adalah kerana jin lebih suka menyerang ke tempat yang sudah sememangnya cedera dan ini adalah satu strategi jin yang cukup mudah. Tapi bagi pesakit boleh menimbulkan kekeliruan kerana mereka mungkin menyangka jin-jin sebelum ini belum musnah sedangkan hakikatnya mereka diserang jin yang lain. Keadaan ini juga boleh menimbulkan fitnah kepada perawat-perawat.

Rawatan susulan kali ini ternyata berbeza hasilnya. Bukan jin yang datang setelah dirukyah tetapi makhluk kali ini mengakui bahawa beliau adalah Mak Mah sendiri. Kedatangannya menuntut bela kerana kematian dan kehilangan jin-jinnya sebelum ini. Segala usaha kami tidak berhasil, setiap bacaan ayat-ayat pemusnah juga tidak memberi bekas. Nak buat cara khusus, tak tahu nak buat cara apa. Akhirnya kami minta agar makhluk yang mendakwa dirinya Mak Mah ini keluar dan membuat perhitungan pada hari lain. Alhamdulillah, beliau akur.

Keesokannya perhitungan yang dijanjikan berlangsung di Pusat Rawatan Nasrullah. Kali ini tanpa dirukyah, makhluk ini mulakan bicara, “di mana aku, kenapa bawa aku ke sini!”. Tapi keadaan sudah berubah, makhluk ini mengakui bahawa ia adalah saka Mak Mah yang terakhir, dan bukannya Mak Mah yang semalam. Pening juga kepala kami kalau nak fikirkan semua ini. 

Walau apapun tugas kami ialah mengeluarkan jin ini dari tubuh En Nordin. Semua kaedah yang kami gunakan tidak memberi hasil apa-apa. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk bersembang dengan jin itu. Alhamdulillah akhirnya jin tersebut mula menginsafi dirinya dan akhirnya beliau sendiri berazam, “walau apa pun yang terjadi aku tetap nak keluar hari ini jugak!”. Banyak perkara yang kami bualkan dengan jin berkenaan termasuklah rahsia-rahsia bagaimana mereka menyerang dan siapa yang boleh diserang dan siapa yang tidak boleh diserang. Kami sempat merakamkan melalui 2 telefon bimbit, pengakuan jin ini malangnya kedua-dua rakaman itu hilang begitu sahaja.

Akhirnya jin ini membuka rahsia dirinya, “hampa tak boleh keluarkan aku dengan cara sihir kerana aku ni saka!”. Kami memaklumkan kepada jin berkenaan bahawa kami tidak boleh memutuskan saka tanpa izin tuannya tapi kami boleh mencuba kiranya jin itu sendiri mahu memutuskan perjanjiannya dengan manusia. Alhamdulillah jin berkenaan akur dan terus memohon kepada Allah agar menolongnya lepas dari genggaman manusia yang munafik katanya.

Setelah jin berkenaan memberi izin agar perjanjiannya diputuskan dan kosnya ditanggung oleh En Nordin, kami memulakan zikir pemutus saka. Sebaik zikir pemutus selesai, jin itu begitu gembira. Apabila ditanya mengapa demikian. Jawabnya “aku bebas!!”. Maka kami anjurkan kepadanya agar dia keluar dari tubuh En Nordin, Jin itu bersetuju. Proses pengusiran dimulakan dengan kerelaan jin itu sendiri, malangnya jin itu gagal keluar. Jin itu sendiri kebingungan mengapa dia tidak boleh keluar.

Kami anjurkan kepadanya agar diputuskan perjanjian itu dengan kaedah saka jamu. Jin itu bersetuju tapi semasa pertengahan proses pemutusan, tiba-tiba jin itu bersuara, “aku bukannya dari jenis saka jamu, tapi aku diikat”. Alhamdulillah, akhirnya punca jin itu tidak boleh keluar dikenalpasti. Terpaksa kami meneruskan dengan proses membuka ikatan secara kerohanian apabila cara rukyah ayat-ayat pembuka gagal.
Setelah proses membuka ikatan secara zikrullah ini selesai, jin itu begitu gembira dan bila ditanya kenapa, jawabnya “aku dah lepas!”. Sekali lagi kami anjurkan agar jin itu keluar dari tubuh En Nordin dan jin bersetuju. Proses pengusiran dimulakan, sesekali kelihatan jin itu menepis-nepis angin sambil berulang kali mengatakan “aku tak mau”. Sekali lagi kami dikejutkan kerana jin ini  gagal lagi untuk keluar dari tubuh En Nordin. Jin itu sendiri kehairanan kerana padanya sudah tidak ada apa-apa perjanjian atau ikatan tapi maseh tidak boleh keluar. Apabila kami tanyakan padanya apa yang ditepis-tepisnya tadi, jin itu menjawab “bekas tuan aku nak ambil aku balik, tapi aku tak mau!”.

Rawatan yang bertali arus selama berjam-jam ini, dari pukul 10 pg hingga pukul 4 ptg, menyebabkan semua perawat seramai 4 orang begitu keletihan dan akhirnya keempat-empat kami perawat terlena keletihan tapi diawasi oleh jin. Keadaan dah terbalik, selalunya kami mengawasi jin, tetapi kali ini, jin mengawasi kami sampai kami semua bangun dari tidur. Masha Allah.

Sesudah solat asar, kami perawat mula berbincang akan kebuntuan ini disertai jin berkenaan yang katanya dari jenis jin kubur atau bahasa biasanya hantu kubur.  Sekali sekala bermesyuarah bersama jin, masha Allah. Tapi jin ini dalam tubuh manusia, bukannya rupa jin yang sebenar. Kalau datang dengan rupanya yang sebenar, kami dah lari lintang pukang dah.

Semasa mesyuarah ini entah macam mana terlintas di fikiran saya mengatakan adanya nazar yang belum tertunai. Segera saya tanyakan kepada jin berkenaan, adakah dia pernah mendengar apa-apa mengenai nazar. Jawab jin “aku pernah dengar depa sembang pasal pulut”. Terkejut dengan jawapan itu, saya terus menelefon keluarga En Nordin untuk kepastian, ternyata dugaan itu benar, memang mereka ada bernazar untuk membuat tahlil dan menyediakan pulut udang dan pulut kuning untuk kenduri semasa tahlil itu. Malangnya semasa mereka mengadakan kenduri tersebut, mereka lupa menyediakan pulut kuning.
Apabila menyedari keadaan ini, saya segera meminta mereka membeli pulut dan buat apa yang telah mereka nazarkan. Keluarga En Nordin tidak bertangguh, terus melaksanakannya. Sebaik mereka mulakan penyediaan pulut kuning ini, sekali lagi kami anjurkan agar jin itu keluar tapi kali ini jin enggan keluar katanya “aku pun nak rasa pulut tu jugak!”. Masha Allah jin dah minta pulut. Kami bertanya adakah ini syarat supaya jin itu keluar. Jin itu menafikan, katanya dia hanya nak rasa pulut tu sebelum dia keluar bukannya ada apa-apa. 

Kami cuba mengelak juga dari memenuhi permintaan jin ini sambil memperdengarkan bacaan dari Surah Al-Baqarah, ternyata jin ini begitu seronok mendengar ayat-ayat dari Al Quran. Apabila sampai tahap ini, Al Quran sudah tidak memberi kesan lagi sebagai pemusnah sebaliknya penghibur kepada jin itu. Benarlah jin ini sudah benar-benar insaf dan jiwanya sudah mula cenderung kepada Al Quran. 

Kami tiada pilihan lain selain meminta kepada keluarga En Nordin menghantarkan sebungkus pulut kuning ke Pusat Rawatan kami kerana jin nak makan. Terkejut juga keluarga En Nordin apabila saya kata macam tu tetapi mereka bawa juga sebungkus yang kebetulan itulah bungkusan pulut yang terakhir. Yang lainnya sudah diedarkan kepada orang ramai.

Ketika rombongan keluarga En Nordin seramai 4 orang sampai ke Pusat Rawatan kami, mereka terkejut kerana En Nordin sudah tidak sedar selama hampir 12 jam dan tidak mengenali seorang pun ahli keluarganya, termasuk isterinya yang menunggu hari untuk menimang cahaya mata sulong. Berderai airmata isterinya apabila jin itu mengatakan yang ia tidak mengenalinya.

Akhirnya kami mempelawa jin itu untuk menikmati pulut yang diidam-idamkannya. Jin itu dengan tenang menjamah pulut bersama gulai telur itu. Setelah beberapa suap jin bersuara “tak sedap pun”, tergelak juga lah kami semua yang ada kat situ. Setelah hampir separuh hidangan itu dijamah, jin itu mula nampak seperti mengantuk, segera saya arahkannya untuk basuh tangan. Jin itu pun bangun menuju ke bilik air untuk membasuh tangannya. Tak lama kemudian kami terdengar jin tersebut muntah dengan cara yang agak teruk tapi kami hanya membiarkannya sahaja.

Setelah hampir 5 minit jin itu muntah barulah ia keluar tapi bukan lagi jin tapi En Nordin yang terus memanggil “mak” dan bersalam dengan mertuanya. Ketika itu keadaan tiba-tiba berubah menjadi drama airmata. Masha Allah, jin itu memang berpegang pada janjinya akan keluar sesudah makan pulut kuning itu. 

Alhamdulillah kini semuanya sudah selesai semoga En Nordin dan isteri serta keluarganya berbahagia selalu. Sebenarnya banyak lagi peristiwa yang tak sempat kami ceritakan di sini tapi rawatan kes ini mengambil masa hampir sebulan, terima kasih kami kepada En Nordin kerana semangat juangnya yang tinggi, rela bekorban apa sahaja demi memenangi kembali iman yang telah dirampas oleh musuh-musuh tradisi manusia ini. Kami hanya boleh membantu mereka yang mahu dibantu.

Banyak perkara yang kami sendiri pelajari semasa rawatan-rawatan ini, semoga ia memberi iktibar kepada kita semua. Wabihi wallahua’lam.



Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;
Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737

Iktibar ; Dendam Hantu Laut




Dendam dan cinta merupakan alat yang sangat biasa digunakan oleh pihak syaitan untuk mendekati, menguasai lantaran membinasakan kita. Kerap kali kita dengar jin atau syaitan menguasai manusia atas sebab-sebab ini dan kebanyakkannya begitu sukar untuk diusir keluar dari tubuh manusia yang sudah diresapi mereka kerana sikap-sikap ini boleh mengubah seseorang itu secara drastik.

Kali ini kami didatangi oleh seorang lelaki yang bertugas sebagai seorang anggota polis yang kami namakan di sini sebagai En. Nordin, berasal dari Indera Kayangan, isterinya dari Darul Aman dan kini bertugas di Negeri Bawah Bayu. Kini beliau sudah bertugas di sana selama hampir 4 tahun.

Bagi En Nordin, terlibat dengan perkara-perkara mistik seperti ini tidak pernah terlintas di benak fikirannya hinggalah suatu hari beliau telah dihantar menyertai satu kursus kenaikan pangkat di sebuah pulau di perairan Sabah. Beliau bersama 3 orang sahabatnya yang lain mengambil kesempatan ini untuk menikmati panorama pantai dan laut yang sememangnya tarikan utama mana-mana pulau peranginan.

Keghairahan En Nordin bersama rakan-rakannya bermandi-manda terganggu apabila tidak semena-mena En Nordin terasa seperti terpijak sesuatu seperti kayu. Terlekat pada kakinya selumbar dari kayu yang dipijaknya di dasar laut tapi tidak beliau hiraukan. Tetapi En Nordin dapat merasakan ada satu kelainanan pada dirinya sebaik terpijak benda yang disangkanya kayu itu.

Sekembalinya dari bermandi-manda, badannya mula panas sejuk, nak kata demam tapi tak demam. Perutnya mula terasa seperti dipenuhi angin sehingga sangat menyakitkan manakala di belakang tengkuknya seperti dicengkam dan berat. 

Keadaan En Nordin yang tinggal berseorangan di Negeri Sabah dan dengan kehadiran musibah yang tidak diundang ini  menyebabkan beliau sukar mengendalikan dirinya sendiri. Keadaan ini dirujuk kepada seorang ustaz yang juga berasal dari semenanjung. Keadaan En Nordin yang keseorangan di perantauan memaksa beliau menumpang di rumah ustaz tersebut. Dari penjelasan ustaz ini, ternyata En Nordin diganggu syaitan dari laut, malangnya setiap usaha untuk memulihkan En Nordin gagal.

Atas nasihat pegawai atasannya, setelah melihat keadaan En Nordin yang seperti orang “bodoh”, beliau di perintah cuti dan diizinkan pulang ke semenanjung bagi memulihkan keadaannya kerana dikhuatiri En Nordin bertindak diluar jangkaan terutama semasa bertugas.

Semasa rukyah muqaddimah dibacakan, saya terlihat En Nordin sedang memijak belakang satu lembaga seperti ikan duyung di dalam air.  Setelah rukyah selesai dibacakan En Nordin mengatakan perutnya sangat tidak selesa dan lehernya amat berat. Ternyata dari penjelasan En Nordin ini, gangguan yang ada pada dirinya sudah bertukar status kepada pendamping. 

Setelah keadaan ini diperjelaskan, Alhamdulillah En Nordin dapat menerima hakikat bahawa syaitan-syaitan itu sudah mendampingi dirinya. Setelah semua syarat untuk pengusiran dipersetujui, maka kami mulakan zikir pemutus. Sebaik bermula zikir ini oleh seorang perawat Nasrullah, ternyata tubuh badan En Nordin mula memberi reaksi.

Kadangkala beliau kelihatan seperti sekor duyung sedang berenang, kadangkala kelihatan seperti ikan yang menggelupur setelah dicampak ke darat. Kadangkala beliau menjerit dan kadangkala beliau mengomel seorang diri dengan bahasa yang sukar difahami. Keadaan berterusan sehingglah tamat zikrullah. Setelah ditanyai En Nordin memaklumkan bahawa berat di belakang tengkuknya sudah hilang tetapi perutnya masih tidak berubah.

Dari penjelasan ini dapatlah difahami bahawa satu perjanjian telah mansuh dan masih tinggal satu lagi perjanjian yang perlu dimansuhkan. Seorang perawat lain ditugaskan untuk proses kedua iaitu untuk memastikan samada ianya dari jenis saka tangkal. Ternyata proses kedua juga gagal mengesan dan mengusir syaitan ini.

Memandangkan keadaan pesakit, perawat dan masa, rawatan terpaksa kami sambung keesokan harinya. Namun semasa zikrullah proses kedua ini, saya dimaklumkan oleh perawat terbabit bahawa beliau ternampak api lilin dan satu imej seolah-olah ditanam di bawah sebuah bangunan. Dari penjelasan perawat ini, ternyata ianya bermaksud sihir yang tertanam. Setelah proses mengesan dan memusnahkan sihir tertanam dilaksanakan, ternyata syaitan itu menggelupur seperti ayam disembelih apabila ayat-ayat pemusnah dibacakan.

Bagi En Nordin, beliau sedar setiap apa yang yang berlaku pada dirinya namun beliau tidak dapat mengawalnya. Semasa ayat-ayat pemusnah dibacakan En Nordin memuntahkan begitu banyak cecair kuning. Teruk juga keadaan beliau namun Alhamdulillah keadaan beliau beransur pulih sesudah itu.
Proses rawatan selesai namun malang tidak berbau, semasa perjalanan pulang dari Nasrullah, En Nordin diserang sekali lagi. Keadaan yang sama berulang namun ditambah dengan satu keadaan lain yang lebih menyedihkan. Kelakian En Nordin tidak boleh berfungsi.

Rawatan keesokannya mendapati syaitan itu masih tidak berpuashati setelah rencananya sebelum ini gagal. Ternyata kehadiran syaitan ini buat kali kedua ini lebih hebat, memaksa kami menggunakan kaedah terapi Al-Quran. Proses terapi yang lazimnya memakan masa yang panjang dan memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu, dipersetujui En Nordin.

Proses terapi Al-Quran merupakan satu proses memperdengarkan kepada pesakit surah-surah tertentu. Proses ini boleh dilakukan sendiri tapi bagi pihak Nasrullah, kami tidak menggalakkannya terutama pada peringkat awal kerana dikhuatiri berlaku insiden-insiden yang tidak dapat di kawal oleh pesakit atau keluarganya dan ini boleh mengundang padah.

Seperti yang kami jangkakan, proses ini mengundang berbagai-bagai reaksi dari syaitan yang diterjemahkan oleh perilaku pesakit. Memandangkan semua reaksi ini berlaku dalam keadaan En Nordin sedar, maka beliau lebih menderita. Inilah yang dimahukan oleh syaitan yang mengambil kesempatan membalas dendam terhadap beliau. Terapi pertama gagal kerana En Nordin tidak mampu lagi bertahan.

Sikap dan kesungguhan En Nordin untuk menentang syaitan dalam dirinya ini memang kami sanjung tinggi kerana jarang-jarang ditemui seseorang yang sekental En Nordin. Berkali-kali beliau terseksa namun semangat juangnya tetap tidak luntur. Akhirnya syaitan durjana tumpas juga apabila alunan Surah Yunus diperdengarkan. Syaitan itu menggelupur sekuat-kuatnya hingga bertaburan segala apa yang ada di dalam bilik rawatan kami, namun akhirnya En Nordin kembali seperti sediakala walaupun beliau kelihatan sangat letih.

Sesi terapi susulan diatur lagi sampai ke tahap yang memuaskan. Ternyata sesi terapi susulan masih ada tanda-tanda syaitan itu masih menuntut haknya, namun kehebatan Ayat-ayat Allah tidak dapat ditandingi. Syaitan tewas lagi tanpa sebarang perjuangan sengit. Terapi diteruskan hinggalah En Nordin mengakui tiada lagi apa-apa rasa pada anggota badannya semasa sesi terapi. Setelah pasti syaitan itu tewas, barulah proses pemulihan akibat sihir kelamin yang dikenakan terhadap En Nordin dimulakan.
 
Apa yang ingin kami iktibarkan di sini ialah bagaimana gangguan syaitan itu boleh berubah menjadi pendamping atau muqaddimah saka dan bagaimana syaitan  boleh menggunakan sihir ke atas manusia tanpa perantaraan manusia itu sendiri. Bagi kes En Nordin ini, tiada langsung penglibatan manusia hanya semata-mata kerana dendam syaitan itu sendiri. Ramai yang beranggapan bahawa duyung adalah sesuatu yang menarik tapi mungkinkah mereka ini dari bangsa syaitan yang di laknat Allah.

Wabihi wallahu’alam.



Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;


Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com