Sihir sembunyi ruh sememangnya
jarang didengar mahupun berlaku tetapi dengan takdir Allah swt, kali ini kami ditemukan dengan satu lagi sihir
profail tinggi seperti ini. Sihir jenis ini hanya mampu dilakukan oleh seorang
yang sangat pakar dalam bidang kebatinan atau perbomohan dan jarang sekali kita
temui perawat yang mampu menghadapi kes-kes seumpama ini.
Melalui panggilan telefon, kami
dimaklumkan seorang gadis secara tiba-tiba meronta dan keadaannya seperti orang
yang sangat kesakitan seolah-olah sedang
ditarik nyawanya hinggakan tubuhnya melentur seperti udang. Selepas kejadian
itu gadis yang kami namakan sebagai Sofea seperti orang yang tidak keruan.
Memandangkan kejadian berlaku di kampung halaman ibunya maka mereka mengambil
masa yang agak lama untuk datang membuat rawatan.
Lazimnya pesakit yang disihir
dengan cara ini berkemungkinan akan gila atau koma yang akhirnya boleh membawa
maut sekiranya gagal mendapat rawatan segera untuk mengembalikan semula ruhaniah
yang disembunyikan sebelum ia hilang selama-lamanya.
Sebaik bertemu muka dengan Sofea
ternyata dirinya memang tidak keruan dan seolah-olah tidak tahu bercakap atau
memahami apa yang kita perkatakan. Segala
gangguan yang ada pada tubuhnya termasuk
2 ekor jin dari jenis saka dikeluarkan dari tubuhnya melalui mediator
kami hingga kami berpuas hati tiada lagi gangguan dalam diri Sofea.
Apa yang menghairankan kami,
walaupun semua gangguan sudah dikeluarkan, keadaan Sofea masih tidak berubah. Adalah
penting kesemua gangguan pada pesakit dikeluarkan terlebih dahulu dan saka-saka
mestilah dimansuhkan kerana usaha untuk mengembalikan ruhaniahnya pasti
terhalang jika masih ada gangguan.
Saya menyentuh lengannya lalu
memulakan zikirullah, masyaallah seketika saya dapat melihat diri Sofea berada
di suatu tempat lain dan dipakaikan dengan pakaian zaman melayu klasik. Dari
petunjuk ini saya difahamkan bahawa diri ruhaniah Sofea sudah disembunyikan
seseorang.
Sekali lagi saya memulakan
zikirullah dan Alhamdulillah manusia zalim itu dapat dikesan dan diseru masuk
ke dalam mediator. Walaupun manusia itu berada di dalam mediator kami, namun
beliau tidak langsung mahu membuka mulut lantaran kami bacakan ayat-ayat hingga
beliau tersiksa mudah-mudahan beliau mendapat pelajaran sebelum dilepaskan. Golongan ini adalah zalim yang paling utama
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh
sebuah hadis. Namun kami akan berusaha
setakat termampu untuk menjauhkan golongan ini dari membinasakan sesama
manusia.
Sebaik melepaskan manusia zalim
itu, ayat-ayat untuk memulangkan ruh ke dalam tubuh dibacakan namun
menghairankan kerana ruhaniah Sofea gagal kembali ke jasadnya kemungkinan masih
ada halangan yang belum dikesan dan masih tidak dirungkai. Keadaan Sofea
kekadang sedar dan kekadang seperti orang pengsan membingungkan keluarganya dan
juga kami sebagai perawat.
Sekali lagi saya memulakan
zikrullah dan kali ini ianya memakan masa lebih dari sejam. Demi untuk
kesembuhan seorang anak, ibubapa Sofea setia menunggu saya berzikir. Dalam zikirullah
inilah saya dapat melihat seorang lelaki memakaikan pakaian zaman melayu klasik
pada diri Sofea sebagai satu bentuk ikatan agar Sofea tidak dapat dilepaskan.
Kemudian Sofea dimasukkan pula ke dalam sebuah buyung dan diikat kemas agar
tidak dapat dibuka lagi. Setelah itu buyung itu dicampak ke laut dan seekor
syaitan laut yang berupa seperti seekor ikan sebesar sebuah sampan sedang
menanti untuk menelan buyung yang berisi ruhaniah Sofea. Ketika inilah saya bergegas
mengambil buyung itu, membukanya dan melepaskan Sofea. Sekiranya buyung itu
sudah ditelan ikan itu maka mencari Sofea akan menjadi terlalu sulit kerana
secara adatnya kita tidak mungkin tahu kedudukan ikan itu di laut mana dan diri
Sofea berkemungkinan akan koma yang boleh membawa maut.
Kisah ini mengingatkan saya
kepada beberapa kes yang seumpamanya yang pernah kami rawat termasuk satu kes
di mana ruhaniah seorang pesakit diikat dan diberi makan ikan haruan lalu
dilepaskan ke dalam Sungai Pahang dan dikawal pula oleh beberapa ekor jin.
Selain dari itu ada juga ruhaniah pesakit yang disembunyikan di alam jin.
Ketika saya temui, ruhaniah pesakit ini berada di pucuk sebatang pokok gergasi
yang sehelai daun pucuknya sahaja seluas padang bola. Dan ada juga ruhaniah
yang disembunyikan di dasar tasik di alam jin. Secara adatnya adalah mustahil
untuk menemui mereka yang disembunyikan dengan cara ini namun rahmat Allah
mendahului segalanya.
Sesudah saya selesai berzikir
ternyata Sofea sudahpun sedar dan sedang sibuk dengan handphonenya. Cerita yang
saya sampaikan kepada keluarganya seperti tidak masuk akal bagi mereka tetapi
keadaan Sofea yang pulih seperti sediakala sudah cukup untuk memuaskan hati
mereka.
Namun keadaan tidak kekal lama,
pada keesokan hari sebaik sahaja masuk waktu maghrib, tiba-tiba sahaja Sofea
sudah terasuk dan berbunyi seperti seekor lembu yang sedang nazak. Kejadian
yang sama berulang. Ruhaniah Sofea dicuri lagi. Setibanya kami ke rumahnya,
beliau terbaring dan kelihatan seperti orang yang sudah mati. Sekali-sekala
kelihatan tubuhnya melentik bagaikan ada sesuatu yang sedang di tarik keluar
dari tubuhnya.
Segera kami pindahkan jin-jin
yang sedang melaksanakan perintah jahat itu. 3 ekor jin Berjaya dipindahkan ke
dalam mediator namun kesemuanya sudah tidak boleh dijinakkan kerana kemungkinan
telah sekian lama terlibat dalam perkara-perkara syirik hingga Allah swt
menutup terus segala pancaindera mereka untuk menerima sebarang bentuk hidayah.
Ayat-ayat pemecah benteng saya
bacakan terlebih dahulu agar segala persediaan si tukang sihir ini hancur lalu saya seru ruhaniahnya ke dalam mediator.
Keadaannya juga sama seperti jin-jin yang beliau hantar, tidak boleh lagi
bertolak ansur. Beliau juga merupakan seorang bomoh dan pernah merawat Sofea
suatu ketika dahulu tetapi Sofea dan keluarganya tidak mahu meneruskan rawatan
dengannya kerana kaedah rawatannya jauh menyimpang dari landasan syarak.
Kejadian seperti ini bagi seorang bomoh seolah-olah
suatu penghinaan menyebabkan beliau berdendam dan melaksanakannya setelah
mendapat peluang.
Kedegilannya tidak memberi ruang langsung untuk menyelesaikan masalah
ini secara damai lalu saya memulakan zikirullah. Pada peringkat awalnya, bomoh
ini seolah-olah tidak terkesan dengan zikrullah namun seorang perawat kami
dapat mengesan adanya tangkal pelindung di pinggangnya. Sebaik sahaja tangkal
itu diputuskan ternyata bomoh itu mula kepanasan.
Semasa berzikir inilah saya dapat
melihat seorang lelaki yang sangat kotor dan busuk, badannya hitam seperti hitamnya seekor kerbau, cuba menghindarkan dirinya dari pandangan
saya. Kemudian dari itu saya juga dapat melihat seorang lelaki terperosok ke
dinding sedangkan pakaiannya koyak rabak. Saya juga terpandang kepada Sofea
yang terlekat pada sepohon pokok yang besar seperti sebuah patung yang diukir.
Segera saya keluarkan ruhaniah Sofea dari belenggu syaitan. Saya
dimaklumkan semasa saya berzikir, Sofea
secara tiba-tiba bangun dari pembaringan lalu cuba melarikan diri namun sempat
dikepung oleh keluarga dan perawat kami manakala mediator kami yang sedang
dihuni oleh ruhaniah bomoh yang zalim itu meronta-ronta kepanasan hingga
menghentak-hentakkan kepalanya ke lantai. Walaupun zahir mediator ini kelihatan
seperti tersiksa namun hakikatnya ruhaniah bomoh tersebut yang sedang tersiksa
namun kami tetap mengambil langkah berjaga-jaga agar mediator tidak mengalami
sebarang kecedaraan sekiranya keadaan seperti ini berlaku.
Zikrullah selama hampir sejam itu saya sudahi,
Sofea sudahpun sedar seperti sediakala dengan wajah yang sungguh berseri namun
beliau masih kebingungan tidak memahami apa-apa. Ruhaniah bomoh berkenaan kami lepaskan
mudah-mudahan ia tidak lagi mengulangi kezaliman ini.
Wabihi wallahu a’lam.
Kepada
mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan
boleh hubungi kami ;
Pusat
Rawatan Islam Nasrullah
No 284,
Jalan Anggerik 4/24
Aman
Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah
Darul Aman
Tel :
017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp
: 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com
No comments:
Post a Comment