JENIS-JENIS
SIHIR
- · Sihir umum
- · Sihir tertanam
- · Sihir ikatan
- · Sihir khusus
- · Sihir pemujaan
- · Sihir tanpa jin
- · Sihir Santau
- · Sihir yang berulang
Sihir
umum
·
Pemisah
sihir supaya
terpisah sesuatu hubungan seperti hubungan suami-isteri, ibu dan anak, ikatan
adik-beradik mahupun persahabatan dengan berbagai-bagai cara dan berbagai-bagai
sebab
·
Pengasih/penunduk
Sihir supaya
orang-orang tertentu tunduk dan patuh tanpa membantah atau mencintai seseorang
secara membuta tuli. Lazimnya mangsa
tidak sedar bahawa dirinya sakit maka dia tidak akan berusaha untuk untuk
merawat dirinya. Perubahan pada dirinya hanya disedari oleh orang lain maka
hanya dengan bantuan orang lain sahaja mangsa dapat dirawat.
·
Pukauan/bayangan
Mangsa selalunya
mengalami halunisasi yang melampau hingga boleh mencederakan dirinya sendiri
dan orang lain seperti nampak seseorang seperti hantu atau binatang
·
Gila
Sihir jenis ini
selalunya menyerang kawasan otak hingga mangsa gagal membezakan sesuatu.
Kerapkali membuat perkara-perkara yang tidak masuk akal seperti berbogel di
khalayak ramai, makan najis sendiri atau mengganggu orang lain
·
Histeria
Biasanya mangsa
akan menjerit-jerit dan bertindak di luar kebiasaan dirinya. Boleh membahayakan
dirinya sendiri dan juga orang lain
·
Pendarahan
Lazimnya terjadi
pada kaum hawa. Berlaku pendarahan luarbiasa yang tidak dapat dihentikan
kecuali ia berhenti dengan sendiri.
·
Menggagalkan perkahwinan
Mangsa selalunya
berubah hati tanpa sebab yang jelas apabila hendak mengikat ikatan pertunangan
atau perkahwinan. Keadaan juga boleh
berlaku kepada pihak lelaki, kerapkali mereka nampak gadis yang cantik di
hadapan mereka tiba-tiba berubah menjadi hodoh atau menakutkan pada pandangan
mata mereka
·
Jerut kelamin
Boleh berlaku
kepada lelaki mahupun perempuan dimana mana-mana satu pihak gagal untuk
melakukan persetubuhan dengan pasangannya atau menderita kerana persetubuhan
itu
·
Kesakitan
Mangsa selalunya
akan menjerit secara tiba-tiba dan berlarutan kerana kesakitan yang amat sangat
pada mana-mana bahagian anggota badannya hingga adakalanya menggelupur tidak
kira di mana.
Sihir
tertanam
·
Kesan dari sihir jenis ini sama
seperti sihir umum bezanya sihir ini tidak dapat dipulihkan secara
kebiasaannya. Unsur-unsur yang ditanam mestilah dikeluar dan dimusnahkan tidak
kira dengan apa cara sekalipun. Kegagalan mangsa mengeluarkan unsur-unsur
tersebut akan mengakibatkan mangsa menderita dalam jangka-masa yang panjang
·
Bagi pihak Nasrullah, kaedah
mencari dan memusnahkan unsur-unsur ini secara kerohanian boleh dilakukan
dengan izin dan persetujuan pesakit. Bayaran sebanyak Rm350 bagi setiap satu unsur
yang tertanam akan dikenakan.
·
Bacaan rukyah yang menyusul
sesudah itu akan memastikan unsur-unsur yang tertanam itu benar-benar musnah.
Lazimnya rukyah tidak memberi kesan yang ketara pada sihir jenis ini seperti
juga saka. Hanya dengan pemutusan dan pemusnahan yang tepat serta benar sahaja
akan membuka semua bentuk ikatan dan memberi ruang kepada rukyah untuk mengusir
atau memusnahkan jin-jin sihir atau saka berkenaan.
Sihir
Ikatan
·
Seperti sihir tertanam, perbezaannya jin-jin yang menjalankan
tugas-tugas sihir ini tidak dapat keluar kerana diikat secara sihir juga. Jika
ikatan-ikatan ini tidak dileraikan maka pesakit akan terus menderita.
·
Bagi pihak Nasrullah, sekiranya
ikatan-ikatan ini tidak dapat dileraikan secara pembacaan ayat-ayat Al-Quran
maka kaedah membuka secara kerohanian seperti memusnahkan sihir tertanam akan
digunakan dengan kos yang sama Rm350 bagi setiap ikatan.
·
Rukyah yang menyusul selepas
itu akan memastikan ikatan-ikatan telah dileraikan dan jin-jin terbabit diusir
atau dimusnahkan
Sihir
khusus
·
Kesan-kesan sihir ini seperti
sihir-sihir yang lain. Bezanya jin-jin yang terlibat hanya dapat dikeluarkan
dengan membacakan ayat-ayat atau doa-doa tertentu yang khusus sebagai
penawarnya. Ayat-ayat atau doa-doa selain dari
itu tidak akan memberi sebarang kesan.
·
Bagi pihak Nasrullah, kaedah
terapi Al-Quran akan digunakan dan selalunya ia akan memakan masa yang sangat
panjang untuk menemui ayat-ayat atau doa-doa khusus tersebut. Semuanya terserah
pada kudrat dan iradatNya jua.
·
Antara yang boleh dikategorikan
sebagai sihir jenis ini temasuklah sihir bintang dan sihir sembunyi ruh.
Sihir
pemujaan
·
Selalunya mangsa yang terkena
sihir jenis ini sangat menderita samada oleh kesakitan yang teramat sangat atau
halusinasi yang melampau
·
Kaedah pembacaan ayat-ayat
rukyah akan digunakan dan kalau perlu kaedah memusnahkan alat-alat pemujaan
sebagaimana memusnahkan saka tangkal akan sekali lagi digunakan dengan kos
Rm350.
Sihir
tanpa jin
·
Sihir jenis ini selalunya dapat
di kesan semasa rukyah dan kaedah terapi ayat-ayat Al-Quran akan digunakan.
Seperti biasanya, kaedah ini sangat memakan
masa. Antara tanda-tanda sihir jenis ini ialah menangis tanpa sebab semasa pembacaan rukyah atau badan berpeluh-peluh.
Sihir
Santau
·
Kesannya sebagaimana diketahui
umum dan lazimnya pihak Nasrullah akan mengeluarkan jin-jin yang terlibat
dengan kaedah-kaedah sebelum ini dan akan memusnahkan secara kerohanian segala
racun atau bisa yang beserta santau tersebut.
Sihir
yang berulang
·
Kebanyakan jenis sihir, kemungkinan ianya berulang sangat tinggi
bergantung kepada siapa yang mengupah kerja-kerja sihir itu dan siapa yang
melaksanakan upacara menyihir. Sekiranya mereka tidak berpuashati dan mengulanginya,
mangsa mungkin akan terkena lagi dan tidak kurang pula mereka sengaja mengupah
orang lain pula untuk mengirim sihir.
·
·
Bagi pihak Nasrullah, membalas
perbuatan mereka yang zalim hanya akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.
·
Semoga dengan rahmat Allah,
pesakit berupaya mempertahankan dirinya dengan izin Allah dengan mendekatkan
diri dengan Allah swt dan menjauhi sebarang bentuk dosa dan sifat-sifat keji
·
Banyakkan berdoa memohon
pertolongan dan perlindungan Allah mudah-mudahan dengan limpah kurnianya,
mereka yang terlibat dengan kerja-kerja fasik ini bertaubat atau Allah membalas
segala perbuatan mereka dengan segera wallahu’aqlam.
Kepada
mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan
boleh hubungi kami ;
Pusat
Rawatan Islam Nasrullah
No 284,
Jalan Anggerik 4/24
Aman
Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah
Darul Aman
Tel :
017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp
: 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com
No comments:
Post a Comment