Lazimnya seseorang yang lama menderita sakit samada akibat gangguan makhluk halus, sihir atau saka, akan berlaku keterbukaan hijab antara dirinya dan alam ghaib dan perkara ini jarang disedari termasuk pesakit itu sendiri. Maka keterbukaan hijab inilah yang membolehkan dirinya berupaya dimasuki makhluk halus dengan mudah dan keistimewaan ini boleh membantu perawat berdialog dengan makhluk halus dan merungkai serta menyelesaikan segala masalah yang berkaitan.
Saya umpamakan seekor jin memasuki sebuah bilik (diri seseorang) lalu memasang lampu. Setelah jin itu keluar dari diri seseorang itu, lampu berkenaan dibiarkan terpasang. Dengan lain perkataan, jin tersebut telah tertinggal sesuatu di dalam tubuh pesakit tersebut dan perkara ini memberi keistimewaan kepada pesakit tersebut dan dengan latihan dan didikan yang benar, maka keistimewaan ini boleh dimanfaatkan untuk kemaslahatan umum.
Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini dan berminat menjadi seorang mediator, bolehlah menghubungi kami untuk maklumat lanjut.
Kaedah mediator dimana jin atau syaitan yang mengganggu pesakit akan dipindahkan ke dalam tubuh orang lain (mediator) ini, seringkali kami pihak Nasrullah gunakan sekiranya interaksi dengan makhluk halus perlu bagi merungkai sebarang masalah. Sekiranya berlaku dialog semasa proses pembacaan rukyah maka kita boleh terus berinteraksi dengan makhluk halus terbabit, tetapi tidak semua pembacaan rukyah berakhir dengan dialog, apatah lagi sekiranya masalah yang timbul tidak melibatkan manusia secara langsung seperti sihir menutup perniagaan, gangguan di kediaman atau premis-premis perniagaan, gangguan pada tempat-tempat tertentu dan seumpamanya.
Kaedah ini berbeza dari apa yang kita istilahkan sebagai menurun dari segi kesedaran empunya diri. Mereka yang menurun kebanyakkannya tidak sedar diri semasa diresapi makhluk halus yang selalunya sahabat atau belaan mereka sendiri, berbeza dengan kaedah mediator dimana empunya diri sedar sepenuhnya walau dirinya diresapi makhluk halus yang berkait dengan masalah yang sedang dihadapi.
Melalui kaedah ini, makhluk halus yang terlibat akan dipindah masuk (transfer) ke dalam tubuh mediator dengan membacakan ayat-ayat Al-Quran tertentu dan apabila berlaku dialog dengan jin berkenaan, maka kebijaksanaan dan pengalaman perawat amat diperlukan supaya segala masalah yang berkaitan dapat dirungkai dan diselesaikan sebaik mungkin.
Antara kebaikan-kebaikan penggunaan kaedah ini antaranya ialah;
1) Pesakit tidak perlu menderita kesakitan akibat pembacaan ayat-ayat Al-Quran semasa rawatan
2) Bagi kes-kes kerasukan, pesakit tidak perlu lagi khuatir akan dirasuk atau tidak sedar diri semasa rawatan dan pesakit akan menyaksikan sendiri dialog dengan jin atau syaitan yang selama ini merasuk dan mengganggu dirinya
3) Jin atau syaitan yang merasuk pesakit tidak dapat menguasai tubuh mediator walaupun berada di dalam tubuh mediator dan jarang sekali berlaku penentangan keras seperti ketika berada di dalam tubuh pesakit
4) Tidak memerlukan masa yang panjang untuk menundukkan dan mengeluarkan jin atau syaitan kerana mereka berkeadaan paling lemah apabila berada di dalam tubuh mediator
5) Segala kesakitan atau penderitaan pesakit insyaallah akan segera berakhir sebaik sahaja jin atau syaitan yang merasuk atau menganggu dipindahkan ke dalam tubuh mediator kecuali bagi kesan-kesan sakit yang sudah parah akibat sakit yang lama dan berpanjangan dimana rawatan susulan diperlukan bagi memulihkan kecederaan seumpama itu
Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah berkaitan makhluk halus baik pada diri atau kediamannya dan ingin mencuba kaedah mediator ini boleh hubungi kami;
Pusat
Rawatan Islam Nasrullah
No 284,
Jalan Anggerik 4/24
Aman
Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah
Darul Aman
Tel :
017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp
: 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com
No comments:
Post a Comment