Namun yang menjadi masalah ialah proses pewarisan ini boleh juga berlaku tanpa disedari atau dipersetujui oleh penerima. Penerima selalunya baik secara sukarela atau tidak lazimnya akan mengalami masalah seperti kesihatan yang tidak diketahui puncanya, sering diganggu mimpi-mimpi buruk, kerap mengalami gangguan seperti ditindih ketika tidur, kerap lebam-lebam atau calar di tubuh badan, kerap ternampak kelibat-kelibat tertentu, terasa diperhatikan dan seumpamanya.
Apabila saka telah bertapak di dalam diri seseorang maka berbagai masalah akan timbul. Di sini akan kami cuba paparkan tentang bahaya dan mudaratnya saka;
BAHAYA DAN MUDARATNYA SAKA
- Jin atau syaitan yang mendapat status saka ini sebenarnya sangat berkuasa hingga mereka diumpamakan penguasa atau raja dalam dimensi mereka yang tersendiri.
- Saka dengan status ini boleh memerintah jin-jin lain untuk berkhidmat di bawahnya
- kerapkali saka-saka jenis ini mengorbankan jin-jin bawahannya hingga kita menyangka saka telah dibuang atau dimusnahkan tapi hakikatnya ialah jin-jin bawahan ini yang terbunuh atau diusir bukan saka yang induk.
- Saka-saka ini juga dalam keadaan terdesak akan membunuh tuannya sendiri agar mereka dapat berpindah kepada tuan yang lain. Keadaan ini boleh berlaku apabila tuan yang asal sudah tidak berupaya lagi untuk memenuhi syarat-syarat persahabatan mereka atau ketika mereka menghadapi lawan yang terlebih kuat terutamanya orang-orang soleh atau ulama-ulama warisatul ambiya'.
- Jarang mangsa saka jenis ini dapat melepaskan diri dari cengkaman saka-saka mereka sendiri tanpa bantuan mereka yang arif.
- Mangsa lama-kelamaan tidak lagi boleh bersolat, berzikir atau membaca al-quran walaupun sebelum ini beliau rajin beribadah atau banyak menghafaz ayat-ayat al-quran.
- Baik saka atau sihir, sasaran serangan mereka yang utama ialah hati, akal, dan perut(rahim) terutama bagi kaum hawa. Serangan pada hati lambat laun akan mematikan iman yang ada. Lazimnya mangsa akan mula terasa payah, terlalu mengantuk atau mengalami kesakitan yang amat sangat semasa beribadah. Sikap malas dan jemu menjadi-jadi. Serangan pada akal akan menimbulkan banyak fikiran negatif yang akan akhirnya menjurus mangsa kepada berputus asa. Maka apabila keadaan ini timbul maka berjayalah iblis laknatullah, penyelia saka-saka dan sihir ini. Apabila kita berputus asa dari rahmat Allah, maka kita telah kufur. Serangan pada perut(rahim) adalah supaya generasi yang bakal lahir adalah generasi yang diasuh oleh iblis sejak dari dalam rahim. Siapakah generasi ini?
- Keluarga yang bermasalah seperti ini kerap bersengketa sesama mereka dan tidak kurang pula yang menjadi mangsa serangan seksual terutamanya isteri dan anak-anak perempuan pemilik saka berkenaan.
- Mangsa selalunya mengalami masalah kesihatan yang tidak diketahui puncanya, sukar untuk tidur, emosi yang tidak pernah stabil, rendah diri, terlalu sensitif, tidak bersemangat, dan yang lebih bahaya sukar untuk beribadah menghadap hati kepada Allah swt.
- Kekadang ada juga penerima saka ini mempunyai kelebihan tertentu seperti boleh melihat alam ghaib, mengetahui sesuatu yang akan datang, berupaya merawat orang sakit, diri kelihatan lebih cantik, tidak cedera apabila berlaku sesuatu seperti kemalangan dan sebagainya namun kesemua keistimewaan ini lebih merupakan jerat yang akan lebih memayahkan pewaris saka ini untuk berpisah kerana mereka yang mendapat keistimewaan seperti ini akan merasa sayang untuk melepaskan saka mereka.
- Atas faktor-faktor inilah, sebagaimana yang diketahui umum, ramai pemilik saka , akhir hayat mereka selalunya dengan suul khatimah. Na'uzubillah.
Biar
sebanyak manapun biaya rawatan yang perlu dibayar, hakikatnya ialah untuk
menebus kembali iman yang telah tergadai di tangan iblis. “Allah memimpin siapa
yang dikehendakinya, siapa yang disesatkan Allah, tiada sesiapa yang boleh
membantunya”. Wallahu'aqlam.
Kepada
mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan
boleh hubungi kami ;
Pusat
Rawatan Islam Nasrullah
No 284,
Jalan Anggerik 4/24
Aman
Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah
Darul Aman
Tel :
017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp
: 011-32038737
No comments:
Post a Comment