Thursday, 23 April 2015

Iktibar : Kanak-kanak berusia 3 tahun ada pendamping

Kisah ini ingin kami paparkan di sini mudah-mudahan menjadi iktibar kepada kita semua. Syaitan sangat opotunis, sangat bijak mengambil semua peluang dan kesempatan yang ada. Dalam usaha untuk menjayakan misi meraka, syaitan tidak memilih bulu termasuk kanak-kanak.

Sebagaimana diceritakan oleh ibubapa anak ini; anak mereka mula berubah sikap setelah mereka memasuki  rumah baru yang khabarnya sudah lama tidak dihuni. Anak ini mula suka berada di tempat yang gelap, tidak mahu  keluar dari rumah lama-lama, sangat pemarah dan memberontak terutamanya semasa ibubapanya solat dan membaca Al-Quran.  Pernah mengoyak Yasin yang dibaca ibunya dan pernah juga merampas dan membaling Al-Quran yang dibaca ibunya.

Sangat benci kepada orang yang solat hingga pernah menyepak orang yang hendak ke masjid hingga timbullah suara-suara sumbang yang mengatakan ibubapa tidak pandai mendidik anak. Ibu anak kecil ini sering menjadi mangsa sepak terjangnya bila marah atau tidak puas hati terhadap sesuatu.
Hakikatnya anak kecil sudah tidak normal hingga mereka akhirnya dimaklumkan seseorang bahawa si anak kecil ini sudah ada pendamping.

Memandangkan pesakit hanyalah seorang kanak-kanak, maka kami di Nasrullah tidak menggunakan rukyah sebagai mukaddimah rawatan sebaliknya terus ke zikir pemutus saka. Sebaik zikir bermula, anak ini mula menangis dan mula memberontak. Sekali lagi ibubapanya menjadi mangsa sepak terajang anak ini. Keadaan ini berlarutan hingga tamat zikrullah.

Susulannya kami mula membacakan rukyah untuk kanak-kanak dan Alhamdulillah si anak mula berhenti menangis dan terasa  sangat keletihan hingga dia tertidur di ribaan ibunya. Sebagai pengesahan kami bacakan pula rukyah yang umum ternyata si anak sudah tidak merasa apa-apa lagi.
Alhamdulillah dengan rahmat Allah, anak ini dapat dipulihkan.  Mudah-mudahan ada iktibar yang boleh kita ambil dalam memahami  tipu daya syaitan yang tidak pernah ada noktahnya kecuali sampainya hari kiamat. 

Wabihi wallahu`alam.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan rawatan atau ada sebarang kemusykilan boleh hubungi kami ;

Pusat Rawatan Islam Nasrullah
No 284, Jalan Anggerik 4/24
Aman Jaya, 08000 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 017-5603057 / 011-29509104
Whatsapp : 011-32038737
https://prinasrullah.blogger.com

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan..
    Beberapa tahun yg lepas benda ni mula terjadi pada diri sy yg hanya bermula dgn mimpi..kemudian demam panas dan sy terlihat seorang wanita (makcik)..selepas sy sembuh dr demam,sy mula dpt melihat lintasan2 dan bayangan yg tidak berapa jelas..semakin lama semakin jelas..keadaan ni buat sy sgt resah dan sgt tak selesa..sejak kebelakangan ni gangguan yg sy alami semakin kerap dan teruk..mohon bantuan dan penjelasan..01128682880-wan

    ReplyDelete